Followers

Wednesday 6 July 2011

Jana Traffic Dengan Pantas

Semakin hari semakin banyak blog yang tumbuh dan wujud di alam maya dan ini adalah petanda yang baik dan sudah semestinya akan mewujudkan kesan yang positif dan negatifnya yang sendiri. Mencipta blog dan menaip sesuatu untuk dikongsikan kepada pelawat yang menyinggah adalah merupakan kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebab ini perlunya sesebuah blog tersebut menjana traffic daripada pelbagai sumber agar blognya terus relevan berada di alam maya.
Cara terpantas untuk menjana traffic adalah melalui blogwalking. Istilah blogwalking adalah sinonim dan sering didengari di kalangan blogger-blogger yang wujud. Istilah bogwalking sebenarnya bermaksud seseorang blogger meninggalkan jejak mereka di shoutbox, shoutmix, cbox,dan juga ruangan komen blog blogger yang dilawatinya dengan harapan agar owner blog tersebut akan melawatnya blognya semula. Secara mudahnya anda telah membuat blogwalking dan meninggalkan jejak di 200 blog yang lain pada hari tersebut dan berkemungkinan anda akan mendapat 200 pelawat iaitu blogger yang akan melawat kembali blog anda.
Blogwalking sememangnya akan dapat menjana traffic dengan pantas namun bagi anda yang ingin merasa kehebatan mencari traffic dengan teknik SEO iaitu pelawat yang akan datang melalui carian search engine seperti google, yahoo, bing dan sebagainya lagi anda boleh belajar dengan pelbagai panduan yang diberikan oleh otai-otai SEO. Blogwalking sememangnya kaedah yang pantas menjana traffic tetapi kadang kala kerana kesibukkan bekerja, belajar atau sebagainya lagi akan menyebabkan anda kekurangan masa untuk membuat blogwalking. Dengan ini secara langsungnya akan menjejaskan traffic ke blog anda. Jadi kaedah yang terbaik ialah cubalah untuk belajar teknik SEO bagi menarik traffic melalui search engine melalui penggunaan isu-isu semasa.



No comments:

Post a Comment