Followers

Wednesday 6 July 2011

Tentang Kod Gitar


Belajar Kod Gitar


Bermain gitar amatlah mudah sekiranya kita sudah mahir, tetapi untuk mencari kod gitar amatlah memakan masa yang lama. Terutama sekali bagi orang yang masih baru dalam bermain gitar. Seringkali kita lihat pemain gitar yang kurang mahir akan meminta kod atau perlu belajar sesebuah lagu dari orang lain kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari kod dengan sendiri...

Oleh sebab itulah laman web ini dicipta, kerana anda tidak perlu lagi untuk mencari seseorang yang mahir di sekeliling untuk belajar kod gitar. Bermula dari sekarang, anda harus menjadikan laman web ini sebagai stesyen anda untuk belajar gitar selagi anda masih minat dan berusaha untuk meningkatkan permainan gitar anda.

Semoga berjaya!



Bermula Dari Awal


Laman web Kod Gitar ini hanya memberi pelajaran gitar yang mudah sahaja. Ia tidak melibatkan pelajaran yang sukar untuk difahami kerana laman ini khusus bagi golongan yang baru dalam bermain gitar. Jadi, segala kod dan pelajaran dalam laman web ini hanyalah asas dan rujukan bagi kod-kod yang boleh dipelajari oleh orang yang mempunyai pengetahuan gitar yang sedikit.

Bagi anda yang sudah mempunyai pengetahuan dalam bermain gitar, anda boleh terus mencari lagu-lagu yang disediakan untuk mencari kod yang anda mahu.



Bagi yang belum tahu bermain gitar, anda haruslah belajar dahulu bagaimana untuk bermain gitar dengan merujuk kod-kod yang disediakan di dalam ruangan Jenis-Jenis Kod Gitar di bawah.Belajar Kod Gitar





http://www.emailduit.com/?a=1114

No comments:

Post a Comment